• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

26 March 2009

Berita Sedih vs Berita Gembira

Thursday, March 26, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments

Berita sedihnya....Dengan berat hati dimaklumkan bahawa PTP PKG Rembau..En. Munshi A. Rahman akan mula bertugas di PKG Mambau mulai 1 April 2009. Surat dari BTP memaklumkan pertukaran beliau mulai 16 Mac 2009...memandangkan ada beberapa tugasan dan proses serah tugas yang belum selesai maka beliau akan memulakan tugas di tempat baru pada 1 April nanti...Sepanjang menjadi warga PKG Rembau...beliau menunjukkan komitmen yang begitu tinggi dan amat bertanggungjawab dan dedikasi di dalam tugasnya...beliau juga amat disenangi oleh semua guru sekolah ahli pkg....tapi memandangkan kerana tuntutan tugas dan perjawatan ...kami warga PKG Rembau amat berat hati melepaskan beliau....doa kami agar beliau sentiasa suksess dan meneruskan perjuangan.....berat untuk kami mengucapkan selamat berpindah kepada En. Munshi...

Berita gembiranya...mulai 1 April 2009 juga warga PKG Rembau akan menerima seorang pegawai yang begitu sinonim di Rembau iaitu En. Fairuz Osman...beliau yang sebelum ini bertugas di PKG Kota kemudian ke BTPN NSDK dan kembali pula ke PKG Rembau...selamat bertugas untuk En. Fairuz..

23 March 2009

Gambar - Gambar Sepanjang Lawatan Kerja ke Padang & Bukit Tinggi Fasa 4

Monday, March 23, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments

Peserta lawatan kelaparan kerana flight delay hampir 3 jam..

Bergambar bersama penari kebudayaan minang

Pemandangan yang mengusik jiwa..rumah minang ini dikelilingi sawah padi
dan di belakangnya Tasik Maninjau..cantik wei!!!
sapa nak tau sejarah Tasik Maninjau nie...kena pegi sendiri sebab ceritanya menarik...

Unik tak pokok kelapa ni..????
Senja di Tasik Maninjau


Tetamu disambut dengan sirih pinang oleh cewek-cewek manis..

Bersama Pak Hanif di Desa Kelahiran Buya HAMKA
terima kasih pak...atas nasihat-nasihatnya...

Istana yang masih dalam pembinaan...kabarnya istana lama terbakar

Salah satu tarian yang dipersembahkan...
nak masuk nonton tiketnya 50 ribu pak!!!


Pemandangan di kawasan pergunungan

Gambar - Gambar Sepanjang Lawatan Kerja ke Padang & Bukit Tinggi Fasa 3

Monday, March 23, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments


Pemandangan sewaktu melalui Kelok 44 untuk ke Tasik Maninjau
dan ke rumah kelahiran Buya Hamka....cantik pemandangan kat sini geng....

Pemandangan sawah padi sepanjang perjalananan....syahdu...
rasa mcm nak sama-sama terjun je kat sawah tu..


ibu....ibu...berjualan di tepi jalan....nampak je bas...dia orang angkat kain....he..he..

Suasana di salah sebuah sekolah di Bukit Tinggi


Pemandangan di kawasan pergunungan...sejuk dan nyaman...




Gambar - Gambar Sepanjang Lawatan Kerja ke Padang & Bukit Tinggi Fasa 1

Monday, March 23, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments

Kereta kuda disediakan untuk pelancong menikmati keindahan alam sekitar

Bapak Pendi...Pemandu pelancong sepanjang program....sabar...sporting banget..& pandai nyanyi...suara macam Brorey beb....


Singgah sebentar di Air Terjun Lembah Anai...sapa cuci muka leh awet muda...he...he...

Peniaga yang menjual jajan...Rupiah boleh bu....RM pun boleh !!!!


Tiba di Lapangan Terbang Bandara International Minangkabau





09 March 2009

Apa yang orang cemerlang bincangkan…

Monday, March 09, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments

Saya berkongsi kata-kata motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah, dia berpesan :

"Orang-orang gagal suka berbincang mengenai hal orang lain. Orang-orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang-orang berjaya pula, suka berbincang mengenai perkara yang dapat mengubah diri merekanya ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, lebih baik dari yang sebelumnya."

Bila kita tekad mahu menjadi orang yang cemerlang, hentikan bercakap lebih banyak tentang orang lain, apa yang mereka lakukan, kegagalan mereka, bisnes mereka dan apa yang membuat kita tidak puas hati dengan sikap mereka.

Tetapi, ubah sikap itu dengan memfokus kepada perubahan yang boleh diaplikasikan pada diri Anda sendiri, supaya dapat membentuk Anda menjadi orang yang cemerlang, tak kira cemerlang dalam pelajaran, kerjaya mahupun perniagaan.

Salah satu sikap orang cemerlang adalah, mereka sentiasa berubah supaya dapat memajukan diri kepada level yang lebih baik.

Mereka meniru sikap orang-orang yang lebih cemerlang daripada mereka lalu menyerapnya menjadi sikap diri sendiri.

Tips motivasi kali ini, cari orang-orang cemerlang, tiru pemikiran mereka, mindset mereka dan kalau boleh berkongsi aspirasi mereka, agar Anda juga dapat berjaya seperti mereka!

03 March 2009

Bengkel Pengendalian WEB & Pembinaan Blog

Tuesday, March 03, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments

2 - 3 Mac 2009

Bengkel Pengendalian Web dan Pembinaan Blog telah diadakan di PKG Mambau untuk semua PTP PKG NSDK. Bengkel ini bertujuan untuk memudahkan semua PKG NSDK menyalurkan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan pkg masing-masing . Jom kita lihat rakan-rakan pkg yang sedang pening dan tekun ni....he..he..

I biasa ler...maintain...


Relax ko bang....


Tekun nampak......


Mak ai....cam tu sekali bang!!!


Bos majlis cam biasa...cool je..
anyway...time kasih bebanyak kat BTPN NSDK...line banyak kali terputus...bos!!!!!beli broadband utk pkg boleh ke??????

02 March 2009

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Monday, March 02, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments


Rembau
26 Feb 2008

PKG Rembau dan PKG Kota telah bergabung tenaga mengadakan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Fasa 1 untuk Guru Perpustakaan & Media Daerah Rembau. Bengkel yang dihadiri oleh seramai 40 orang GPM ini membincangkan tentang Pengurusan PSS yang berkesan termasuk Program NILAM, Proses Teknik Buku dan Bukan Buku juga berkaitan dengan Penggredan PSS. Bengkel ini juga dihadiri oleh En. Radzi daripada S-Lib yang memberi penerangan tentang Sistem Automasi PSS. Fasilitator bengkel terdiri dari En. Fairuz Osman, Pegawai Unit Media Bestari BTPN NSDK, Pn. Royahu Salam, PTP PKG Ampangan dan Pn Rosimah Othman, PTP PKG Kota. Syabas dan tahniah kepada GPM Daerah Rembau yang begitu setia dari pagi hingga ke petang sepanjang sesi perbengkelan berlansung.