28 April 2009
27 April 2009
PERSIDANGAN IMETC 2008 - JEJAK KASIH
24 April 2009
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PSS CEMERLANG PKG REMBAU 2008
MESYUARAT TAHUNAN PEMUAFAKATAN PKG REMBAU 2009
Gambar Taklimat ICT untuk Guru ICT dan JuruTeknik F17 PKG Rembau
Gambar Bengkel Blog Guru Perpustakaan&Media Daerah Rembau (2)
Gambar Bengkel Blog Guru Perpustakaan&Media Daerah Rembau ( 1 )
Gambar Taklimat Pemantapan Teknologi Pendidikan PKG Daerah Rembau
Gambar Mesyuarat Pelarasan PSS Kali 1/ 2009
Bengkel Pengurusan PSS Fasa 1
23 April 2009
Jangan Perangi Stress
Dalam hidup kita sentiasa ada dua pilihan. Kita boleh memerangi sesuatu, kemudian kita boleh memfokus fikiran untuk menikmati sesuatu. Maknanya, kita boleh menolak sesuatu, kemudian kita boleh membina sesuatu. Contohnya stress.
Kita boleh memerangi stress tapi itu akan menarik lebih banyak stress sebab di fikiran kita, asyik timbul soal stress! Kita juga boleh memerangai keganasan, tapi usaha kita itu akan menarik lebih banyak keganasan!
Sebabnya, kita asyik berfikir pasal keganasan, bercakap pasal keganasan, melihat video-video keganasan kemudian menghampirkan diri dengan berita-berita keganasan. Kita macam mintak keganasan didatangkan pada kita sebanyak yang mungkin.
Fikirlah sebaliknya, yang berlawanan. Dari asyik memerangi stress, lebih baik fokus kepada keinginan mahu menikmati ketenangan dan kegembiraan di rumah, ditempat kerja atau ketika bersama kawan-kawan. Gembira adalah emosi berlawanan dengan stress. Begitu juga penyakit lawannya adalah sihat, keganasan lawannya adalah kedamaian.
Adakah anda anti perang atau pro kedamaian? Adakah Anda lawan cakapan buruk orang lain terhadap Anda atau terus berusaha memburu kejayaan? Adakah Anda anti yang negatif atau pro yang positif? Jawapannya fokus kepada yang positif, kerana itu lebih baik dari melawan yang negatif.
22 April 2009
Bengkel Blog PSS Daerah Rembau
21-22 April 2009PKG Rembau dan PKG Kota telah bergabung tenaga mengadakan bengkel blog untuk sekolah ahli Pkg Daerah Rembau di Makmal Komputer SK Undang Rembau. Seramai 40 orang GPM sekolah ahli dengan penuh tekun bertungkus lumus menyediakan blog PSS sekolah masing-masing. Fasilitator bagi bengkel ini adalah Ustaz Mohd Zaid dari SK Pedas dan En Shafie Diron serta En. Mohd Ghazali Che Man dari PKG Johol. Dengan terbinanya blog ini, moga warga sekolah akan segera mendapat maklumat dari pusat sumber sekolah masing-masing disamping boleh berkongsi maklumat dengan pusat sumber sekolah lain.
20 April 2009
MESYUARAT TAHUNAN JK PEMUAFAKATAN PKG REMBAU
16 April 2009
Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Pemuafakatan PKG Rembau telah diadakan baru-baru ini.Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Rembau iaitu Datin Hjh.Naemah bt. Ahmad Dahalan.Harapan beliau ialah agar semua Pusat Sumber Sekolah dibawah PKG Rembau akan terus cemerlang dan gemilang.Majlis Penyampaian Sijil Pusat Sumber Cemerlang juga telah diadakan bagi menghargai segala usaha yang dilakukan oleh Guru Perpustakaan dan Media juga seluruh warga sekolah.Terima kasih yang tidak terhingga kepada BTPN NSDK,Pengetua & Guru Besar juga kepada Guru Perpustakaan dan Media yang memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang majlis dan mesyuarat tersebut.
26 March 2009
Berita Sedih vs Berita Gembira
Berita gembiranya...mulai 1 April 2009 juga warga PKG Rembau akan menerima seorang pegawai yang begitu sinonim di Rembau iaitu En. Fairuz Osman...beliau yang sebelum ini bertugas di PKG Kota kemudian ke BTPN NSDK dan kembali pula ke PKG Rembau...selamat bertugas untuk En. Fairuz..
23 March 2009
Gambar - Gambar Sepanjang Lawatan Kerja ke Padang & Bukit Tinggi Fasa 4
nak masuk nonton tiketnya 50 ribu pak!!!
Gambar - Gambar Sepanjang Lawatan Kerja ke Padang & Bukit Tinggi Fasa 3
Gambar - Gambar Sepanjang Lawatan Kerja ke Padang & Bukit Tinggi Fasa 2
Gambar - Gambar Sepanjang Lawatan Kerja ke Padang & Bukit Tinggi Fasa 1
09 March 2009
Apa yang orang cemerlang bincangkan…
Saya berkongsi kata-kata motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah, dia berpesan :
"Orang-orang gagal suka berbincang mengenai hal orang lain. Orang-orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang-orang berjaya pula, suka berbincang mengenai perkara yang dapat mengubah diri merekanya ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, lebih baik dari yang sebelumnya."
Bila kita tekad mahu menjadi orang yang cemerlang, hentikan bercakap lebih banyak tentang orang lain, apa yang mereka lakukan, kegagalan mereka, bisnes mereka dan apa yang membuat kita tidak puas hati dengan sikap mereka.
Tetapi, ubah sikap itu dengan memfokus kepada perubahan yang boleh diaplikasikan pada diri Anda sendiri, supaya dapat membentuk Anda menjadi orang yang cemerlang, tak kira cemerlang dalam pelajaran, kerjaya mahupun perniagaan.
Salah satu sikap orang cemerlang adalah, mereka sentiasa berubah supaya dapat memajukan diri kepada level yang lebih baik.
Mereka meniru sikap orang-orang yang lebih cemerlang daripada mereka lalu menyerapnya menjadi sikap diri sendiri.
Tips motivasi kali ini, cari orang-orang cemerlang, tiru pemikiran mereka, mindset mereka dan kalau boleh berkongsi aspirasi mereka, agar Anda juga dapat berjaya seperti mereka!
03 March 2009
Bengkel Pengendalian WEB & Pembinaan Blog
Bengkel Pengendalian Web dan Pembinaan Blog telah diadakan di PKG Mambau untuk semua PTP PKG NSDK. Bengkel ini bertujuan untuk memudahkan semua PKG NSDK menyalurkan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan pkg masing-masing . Jom kita lihat rakan-rakan pkg yang sedang pening dan tekun ni....he..he..
I biasa ler...maintain...













