Impian Bakal Jadi Kenyataan - Tender Bangunan Baru PKG Rembau

Alhamdullilah ....setelah sekian lama tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu bilakah bangunan baru Pusat Kegiatan Guru Rembau akan didirikan maka inilah jawapannya...Notis / Tender JKR telah dipaparkan melalui akhbar Berita Harian bertarikh :31 Ogos 2009 (Isnin)....berita ini adalah berita gembira bagi semua warga pendidik khususnya di Daerah Rembau sekaligus untuk BTPN Negeri Sembilan serta BTP.Untuk makluman semua Lawatan Tapak dan Taklimat akan diadakan pada 10.09.2009 (Khamis)jam 9.30 pagi di Pejabat Jurutera Daerah, JKR Rembau,NSDK.Moga projek ini berjalan lancar..insyallah.

Penggredan Pusat Sumber Sekolah Ahli PKG Rembau

Musim penggredan telah bermula...jadual penggredan telah diedarkan ke sekolah dan harapan kami warga PKG agar semua GPM dan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama sepenuhnya...(sebenarnya memang selalu dapat kerjasama pun..terima kasih)Diharapkan pada tahun ini...semua GPM akan lebih bersedia dengan statistik dan fail yang lengkap supaya nanti tidak tercari-cari apabila warga PKG berada di sekolah anda...sebenarnya markah 100 % berada didalam genggaman pihak sekolah kerana segala panduan dan tunjuk ajar telah diberi.....penggredan sebenarnya bukan untuk mencari kekurangan tetapi agar kita sama-sama dapat mencari kelebihan di sekolah yang boleh dikongsi bersama demi kepentingan dunia pendidikan...jumpa lagi...

Taklimat SSQS Sekolah Ahli PKG Rembau

PKG Rembau 7 Julai 2009. PKG Rembau telah menganjurkan taklimat berkaitan dengan SSQS dan SPPICT di makmal komputer SK Undang Rembau. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada Guru ICT berkaitan dengan Sistem Pemantauan ICT yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Fasilitator taklimat terdiri daripada En.Abd Halim b. Jaafar, Pegawai Unit Latihan BTPN NSDK serta En. Mat Mahmood b. Tapri, PTP PKG Chuah.Ekoran daripada taklimat yang diadakan 21 buah sekolah ahli PKG Rembau telah berjaya mengisi data SPPICTS dan diharapkan agar pihak sekolah juga berjaya meneruskan pengisian data SSQS demi kepentingan penggunaan ICT di sekolah.

Perhimpunan Hari Guru Peringkat Daerah Rembau 2009

Penerima anugerah bergambar bersama ADUN Rembau,Pengarah JPNS dan PPD Rembau Rembau 18 Jun 2009 Perhimpunan Sambutan Hari Guru Daerah Rembau telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan SMK Agama Pedas.Perhimpunan yang bermula pada jam 2.00 petang ini, dirasmikan oleh YB Tn. Zaifulbahri bin Idris, ADUN Kawasan Chembong.Pelbagai acara telah diadakan bagi meraikan para guru, diantaranya koir pelajar, persembahan silat dan koir guru.Penghargaan juga diberikan kepada guru-guru yang bersara dan empat orang tokoh guru telah dipilih untuk menerima anugerah pada tahun ini.Tokoh guru tersebut adalah En.Ong Lai Hock ( Tokoh Guru Daerah Rembau 2009),En Sulaiman b. Mohamad Sidek ( Tokoh Guru ),Pn.Faridah bt.Hj.Doya ( Guru Inovatif Sekolah Rendah) dan En. Zam ZaN B.Omar ( Guru Inovatif Sekolah Menengah ).Sambutan yang diadakan saban tahun ini adalah bertujuan untuk menghargai peranan dan sumbangan guru yang membimbing, mendidik dan mengajar anak bangsa berteraskan Falsafah Pendidikan Negara disamping mengetengahkan kepentingan peranan guru bagi membentuk dan melahirkan modal insan untuk pembangunan negara.

Persiapan Sambutan Hari Guru Daerah Rembau

PKG Rembau 16 Jun 09 - 9.45 mlm. Dalam kesibukan menyertai Kursus SPS untuk Sekolah Bestari Zon Selatan di BTPNNS,kami PKG Daerah Rembau ( PKG Kota & PKG Rembau )berkumpul di PKG Rembau untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kami iaitu movie untuk 4 tokoh guru peringkat Daerah Rembau yang akan berlangsung pada hari Khamis - 2.00 petang di Dewan SMKA Pedas.Nak tau siapa penerima anugerahnya...silalah hadir semasa majlis tersebut...(akta rahsia rasmi!!).Demi tugas,kami terpaksa menyiapkan tugasan tersebut dengan segera kerana pada hari berkaitan kami terpaksa menghadiri Mesyuarat Pengurusan PKG di BTPN NSDK.Tahniah dan terimakasih kepada En.Fairuz & En.Rosli yang begitu tekun menyiapkan tugasan tersebut...biasalah...Dari Guru Untuk Guru kan!!!!

Kutipan Data SPPICTS

Untuk makluman pihak sekolah, kutipan data kedua SPPICTS akan dilaksanakan bermula pada 15 Jun hingga 03 Julai 2009 (Disertakan surat berkaitan dari Bahagian ini, KP(BTP)8800/4/15/(46) bertarikh 10 Februari 2009 untuk rujukan tuan) Sekolah-sekolah yang mendapati gangguan talian schoolNet boleh menggunakan kemudahan di Pusat Kegiatan Guru. harap maklum..

Selamat Ulangtahun

Happy Birthday ....Happy Birthday...Happy Birthday 2 u....kami telah dijemput oleh rakan-rakan di PKG Kota kerana meraikan ulangtahun....rujuk gambar!!!!sambutan majlis ini agak meriah kerana dihadiri oleh rakan-rakan PKG berhampiran juga ayahanda PKG kami..Tn.Hj.Ismail Ibrahim...walaupun beliau hadir kerana urusan lain tapi kesudian beliau untuk membacakan doa semasa majlis ini amat kami hargai...moga hubungan siratulrahim ini berpanjangan...

Sedih vs Gembira

Baru-baru ini kami telah pergi melawat rakan kami En. Azam, PTP PKG Port Dickson yang dirawat di wad hospital Port Dickson kerana sakit asma.Sepanjang lawatan dan perbualan kami, didapati beliau beransur sembuh dan kelihatan ceria...walaupun kami sedih kerana rakan kami ini ditahan di wad namun keceriaan dan kegembiraan terpancar di wajah En. Azam dan kami sendiri kerana kesihatan beliau yang beransur pulih setelah dirawat oleh doktor dan staf hospital PD yang begitu komited...terima kasih kepada staf hospital PD...dan yang pastinya doa kami agar En. Azam akan segera sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa...

Blog oh Blog

Saja nak maklum kat rakan-rakan...dan yang melayari blog ini...dalam masa seminggu dua ni x dapat nak update blog coz office kami terlibat dengan penyelenggaraan wiring letrik...mmm...kojap tutup..kojap padam...mood pun bertukar tetiba...kojap ado kojap x do mood...hu..hu..office bersepah-sepah...dengan habuk ..dengan wayar...x leh nak cerita...cuba jawab????sapo nak kemas????kami bertiga gak...PTP and N17 la...saba je la...yang pasti minggu depan...blog nie akan aktif balik...tunggu!!!!!!!!!!!!

Slide PSS Sekolah Ahli PKG Rembau

Paparan slide yang kami tayangkan adalah hasilan daripada lawatan kami ke PSS SK Pedas. Kami akan memaparkan beberapa sekolah lagi dari masa ke semasa.