• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

23 May 2009

Slide PSS Sekolah Ahli PKG Rembau

Saturday, May 23, 2009 // by Pkg Rembau // No comments

Paparan slide yang kami tayangkan adalah hasilan daripada lawatan kami ke PSS SK Pedas. Kami akan memaparkan beberapa sekolah lagi dari masa ke semasa.

22 May 2009

Wajah Baru Blog PKG Rembau

Friday, May 22, 2009 // by Pkg Rembau // // No comments

Blog 3 column kami telah dipublish mulai petang semalam..Itu pun setelah hampir 3 bulan kami menyimpan template ini dan oleh kerana kekangan masa dan tuntutan kerja yang lebih penting..itulah hasilnya..walaubagaimanapun kami masih menggunakan template kami yang lama iaitu template 2 column kami...sayang nak buang kerana itulah hasil kerja kami yang pertama..blog 2 colum..bila dah hampir siap...hilang pula title posting kami..kebetulan pula kami tumpang semangkuk menghadiri Bengkel Photoshop di PKG Johol...terima kasih warga Johol..apa lagi...kecoh la..pitam Pengerusi Majlis PKGNS kami kerjakan...baca skrip...scroll atas...scroll bawah..banding beza ..x jumpa gak...hu..hu..apa kau buat ni?? untuk sedapkan hati...tak mengapa lah!!!orang buat lain lah !!!tup..tup..lepas bengkel balik pejabat...belek-belek blog..buka satu-satu..rupa-rupanya terpadam post title...la..sikit je masalahnya..Nak jadi cerita..semasa bengkel photoshop semalam..kami buat header untuk blog baru kami...header lama dulu gambar bangunan baru PKG Rembau yang bakal dibina ( entah bila!!)..dah bertukar ke atap minangkabau..he..he..bukan apa ..dah letih kena perli dengan kawan-kawan..bila PKG Rembau nak siap???juga terima kasih kepada Pengerusi Majlis PKG yang tolong mencantikkan header blog kami yang baru...yang pasti kami akan sentiasa update blog kami ini..insyallah..dan kepada blog-blog lain yang kami gunapakai bahan dan terambil bahan...harap maafkan dan terima kasih atas perkongsian ilmu ini...jumpa lagi..

21 May 2009

Sedih vs Tahniah

Thursday, May 21, 2009 // by Pkg Rembau // // No comments

Warga PKG Rembau amat terharu dengan kehilangan seorang dari warga SKUR yang berpindah ke SK Rahang kerana menjadi GPK HEM.Memandangkan PKG kami ini menumpang bangunan SKUR..maka hubungan kami dengan guru-guru SKUR amat erat..ada ketikanya tempat kami ini menjadi persinggahan rakan-rakan guru sekolah ini untuk mendapatkan "air cond" bagi menyejukkan badan setelah berpenat lelah di dalam kelas....Nak jadi cerita..guru yang kami maksudkan ialah Pn. Normala Abd.Ghani..beliau telah mengajar di sekolah ini selama 18 tahun dan menjadi rakan rapat warga PKG..setiap hari beliau akan menjengah ke PKG walaupun sebentar dan perpindahan beliau membuatkan kami seperti kehilangan sesuatu...sunyi...sayu...dan yang pasti kehilangan teman untuk membantu kami dimana ada ketikanya semua warga PKG terpaksa ke BTPN untuk bermesyuarat..beliau akan membantu kami menguruskan bilik mesyuarat seandainya bilik digunakan sepanjang ketiadaan kami..walaubagaimanapun sedih tetap sedih tetapi TAHNIAH diucapkan buat Pn. Normala...agar gembira di tempat baru...dengan jawatan baru...dan kereta baru..he..he..

Blog 0h Blog

Thursday, May 21, 2009 // by Pkg Rembau // // No comments

Nampak gayanya penggunaan blog semakin meriah di Daerah Rembau...kami warga PKG berasa amat terharu dengan perkembangan ini...diharapkan misi dan visi kami untuk membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan guru dan pelajar akan terlaksana...itulah yang kami harap-harapkan...bukan sekadar sessi perbengkelan..dan selesai begitu saja..pada hari khamis yang lepas..kami telah mengadakan Mesyuarat Pemuafakatan PKG Rembau..apa yang kami lihat pengetua&guru besar amat teruja dengan perkembangan ini..alhamdullilah...sekurang-kurangnya terubat juga lara warga PKG..dalam kesibukan warga sekolah..masih sempat untuk menyebarkan ilmu yang kami beri kepada warga sekolah...diharapkan ianya akan berterusan..untuk GPM yang telah ditanya oleh pentadbir...memgapa tidak update blog selepas perbengkelan, mengapa tidak hantar maklumat STS, mengapa tidak hantar data NILAM, mengapa tidak hantar instrument pemantauan ke pkg...kami mohon ribuan ampun dan maaf...bukan niat kami untuk menyalahkan cikgu atau sebaliknya...tapi itulah keadaan sebenarnya...kami faham tugas cikgu...dan kami juga "menjalankan tugas"...Tahniah juga kepada warga SMKUR kerana telah memeriahkan dunia blogger..he..he..dan kepada semua GPM yang bertungkus lumus dalam perbengkelan blog yang lepas...sekali lagi terima kasih dan tahniah dari warga PKG Rembau,rakan-rakan PKG,fasilitator blog..ex:En.Shafie (PKG Johol) dan Ustaz Zaid (SK Pedas) seterusnya BTPN NSDK