• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

28 April 2009

Renungan

Tuesday, April 28, 2009 // by Pkg Rembau // , // No comments

Manusia mesti sanggup mengubah nasibnya sendiri. Bermula dengan memajukan diri sendiri dengan cara membuat pembetulan dan perubahan ke arah kemajuan secara terus-menerus. Oleh itu setiap orang perlulah disedarkan bahawa di dalam dirinya terdapat satu kuasa dan kehebatan yang tidak ternilai harganya. Kuasa dan kehebatan ini dapat dikembangkan untuk mencapai suatu hasil yang gemilang..

27 April 2009

24 April 2009

23 April 2009

Jangan Perangi Stress

Thursday, April 23, 2009 // by Pkg Rembau // , // No comments

Kata-kata motivasi untuk Anda kali ni adalah: “jangan perangi stress tapi fokuslah pada keinginan mahu merasai kegembiraan. Jangan perangi penyakit, tapi fokuslah pada keinginan mahu menikmati hidup yang sihat dan cergas. Jangan fikirkan cakapan buruk orang terhadap Anda, tapi fokuslah pada keinginan mahu memajukan diri lebih dari tahap kemajuan yang telah dicapai sebelumnya oleh mereka.”
Dalam hidup kita sentiasa ada dua pilihan. Kita boleh memerangi sesuatu, kemudian kita boleh memfokus fikiran untuk menikmati sesuatu. Maknanya, kita boleh menolak sesuatu, kemudian kita boleh membina sesuatu. Contohnya stress.
Kita boleh memerangi stress tapi itu akan menarik lebih banyak stress sebab di fikiran kita, asyik timbul soal stress! Kita juga boleh memerangai keganasan, tapi usaha kita itu akan menarik lebih banyak keganasan!
Sebabnya, kita asyik berfikir pasal keganasan, bercakap pasal keganasan, melihat video-video keganasan kemudian menghampirkan diri dengan berita-berita keganasan. Kita macam mintak keganasan didatangkan pada kita sebanyak yang mungkin.
Fikirlah sebaliknya, yang berlawanan. Dari asyik memerangi stress, lebih baik fokus kepada keinginan mahu menikmati ketenangan dan kegembiraan di rumah, ditempat kerja atau ketika bersama kawan-kawan. Gembira adalah emosi berlawanan dengan stress. Begitu juga penyakit lawannya adalah sihat, keganasan lawannya adalah kedamaian.
Adakah anda anti perang atau pro kedamaian? Adakah Anda lawan cakapan buruk orang lain terhadap Anda atau terus berusaha memburu kejayaan? Adakah Anda anti yang negatif atau pro yang positif? Jawapannya fokus kepada yang positif, kerana itu lebih baik dari melawan yang negatif.

22 April 2009

Bengkel Blog PSS Daerah Rembau

Wednesday, April 22, 2009 // by Pkg Rembau // , // No comments

21-22 April 2009
PKG Rembau dan PKG Kota telah bergabung tenaga mengadakan bengkel blog untuk sekolah ahli Pkg Daerah Rembau di Makmal Komputer SK Undang Rembau. Seramai 40 orang GPM sekolah ahli dengan penuh tekun bertungkus lumus menyediakan blog PSS sekolah masing-masing. Fasilitator bagi bengkel ini adalah Ustaz Mohd Zaid dari SK Pedas dan En Shafie Diron serta En. Mohd Ghazali Che Man dari PKG Johol. Dengan terbinanya blog ini, moga warga sekolah akan segera mendapat maklumat dari pusat sumber sekolah masing-masing disamping boleh berkongsi maklumat dengan pusat sumber sekolah lain.

20 April 2009

MESYUARAT TAHUNAN JK PEMUAFAKATAN PKG REMBAU

Monday, April 20, 2009 // by Pkg Rembau // , // No comments


16 April 2009
Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Pemuafakatan PKG Rembau telah diadakan baru-baru ini.Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Rembau iaitu Datin Hjh.Naemah bt. Ahmad Dahalan.Harapan beliau ialah agar semua Pusat Sumber Sekolah dibawah PKG Rembau akan terus cemerlang dan gemilang.Majlis Penyampaian Sijil Pusat Sumber Cemerlang juga telah diadakan bagi menghargai segala usaha yang dilakukan oleh Guru Perpustakaan dan Media juga seluruh warga sekolah.Terima kasih yang tidak terhingga kepada BTPN NSDK,Pengetua & Guru Besar juga kepada Guru Perpustakaan dan Media yang memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang majlis dan mesyuarat tersebut.