• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed
Showing posts with label Kursus dan Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Kursus dan Bengkel. Show all posts

22 April 2009

Bengkel Blog PSS Daerah Rembau

Wednesday, April 22, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments

21-22 April 2009
PKG Rembau dan PKG Kota telah bergabung tenaga mengadakan bengkel blog untuk sekolah ahli Pkg Daerah Rembau di Makmal Komputer SK Undang Rembau. Seramai 40 orang GPM sekolah ahli dengan penuh tekun bertungkus lumus menyediakan blog PSS sekolah masing-masing. Fasilitator bagi bengkel ini adalah Ustaz Mohd Zaid dari SK Pedas dan En Shafie Diron serta En. Mohd Ghazali Che Man dari PKG Johol. Dengan terbinanya blog ini, moga warga sekolah akan segera mendapat maklumat dari pusat sumber sekolah masing-masing disamping boleh berkongsi maklumat dengan pusat sumber sekolah lain.

03 March 2009

Bengkel Pengendalian WEB & Pembinaan Blog

Tuesday, March 03, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments

2 - 3 Mac 2009

Bengkel Pengendalian Web dan Pembinaan Blog telah diadakan di PKG Mambau untuk semua PTP PKG NSDK. Bengkel ini bertujuan untuk memudahkan semua PKG NSDK menyalurkan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan pkg masing-masing . Jom kita lihat rakan-rakan pkg yang sedang pening dan tekun ni....he..he..

I biasa ler...maintain...


Relax ko bang....


Tekun nampak......


Mak ai....cam tu sekali bang!!!


Bos majlis cam biasa...cool je..
anyway...time kasih bebanyak kat BTPN NSDK...line banyak kali terputus...bos!!!!!beli broadband utk pkg boleh ke??????

02 March 2009

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Monday, March 02, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // , // No comments


Rembau
26 Feb 2008

PKG Rembau dan PKG Kota telah bergabung tenaga mengadakan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Fasa 1 untuk Guru Perpustakaan & Media Daerah Rembau. Bengkel yang dihadiri oleh seramai 40 orang GPM ini membincangkan tentang Pengurusan PSS yang berkesan termasuk Program NILAM, Proses Teknik Buku dan Bukan Buku juga berkaitan dengan Penggredan PSS. Bengkel ini juga dihadiri oleh En. Radzi daripada S-Lib yang memberi penerangan tentang Sistem Automasi PSS. Fasilitator bengkel terdiri dari En. Fairuz Osman, Pegawai Unit Media Bestari BTPN NSDK, Pn. Royahu Salam, PTP PKG Ampangan dan Pn Rosimah Othman, PTP PKG Kota. Syabas dan tahniah kepada GPM Daerah Rembau yang begitu setia dari pagi hingga ke petang sepanjang sesi perbengkelan berlansung.

03 February 2009

PBL & Oracle ThinkQuest

Tuesday, February 03, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // // No comments


Bengkel PBL bersambung lagi pada hari ini....3.02.09....pembentangan pada hari ini lebih menarik dan dihangatkan lagi dengan sessi soal jawab diantara JU dan para peserta bengkel yang membentangkan hasil perbengkelan masing-masing...jom join...



02 February 2009

Program Perkongsian Pintar KPM - PBL & ThinkQuest

Monday, February 02, 2009 // by Pusat Kegiatan Guru Rembau // // No comments

Bengkel Pendedahan Program Project Based Learning telah diadakan di BTPN NSDK kepada semua pegawai Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan. Bengkel yang bermula pada 2 Februari hingga 4 Februari 2009 ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua PTP PKG, bagi memudahkan mereka memberi pendedahan kepada sekolah ahli masing-masing. Semua pegawai PKG begitu tekun dan menunjukkan minat yang amat mendalam sepanjang program berlangsung. Tahniah kepada semua....