Penerima anugerah bergambar bersama ADUN Rembau,Pengarah JPNS dan PPD Rembau
Rembau
18 Jun 2009
Perhimpunan Sambutan Hari Guru Daerah Rembau telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan SMK Agama Pedas.Perhimpunan yang bermula pada jam 2.00 petang ini, dirasmikan oleh YB Tn. Zaifulbahri bin Idris, ADUN Kawasan Chembong.Pelbagai acara telah diadakan bagi meraikan para guru, diantaranya koir pelajar, persembahan silat dan koir guru.Penghargaan juga diberikan kepada guru-guru yang bersara dan empat orang tokoh guru telah dipilih untuk menerima anugerah pada tahun ini.Tokoh guru tersebut adalah En.Ong Lai Hock ( Tokoh Guru Daerah Rembau 2009),En Sulaiman b. Mohamad Sidek ( Tokoh Guru ),Pn.Faridah bt.Hj.Doya ( Guru Inovatif Sekolah Rendah) dan En. Zam ZaN B.Omar ( Guru Inovatif Sekolah Menengah ).Sambutan yang diadakan saban tahun ini adalah bertujuan untuk menghargai peranan dan sumbangan guru yang membimbing, mendidik dan mengajar anak bangsa berteraskan Falsafah Pendidikan Negara disamping mengetengahkan kepentingan peranan guru bagi membentuk dan melahirkan modal insan untuk pembangunan negara.
18 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment